Saturday 30 April 2011

Bebal lagi!!

Huh.. cerdik ke Persatuan ni.. Ingatkan dah mula belajar dari kesilapan tapi masih lagi bebal rupanya. Semalam didalam keratan akhbar ada dinyatakan yang Liga Super bagi tahun 2012 akan diwarnai semula oleh pemain Import dengan syarat Seorang Pemain diwajibkan dari anggota Asean (Yang ni aku rasa idea dari pages PFSLJ kat facebook). Bab ni aku setuju le sebab akan ada keuntungan dari segi hak penyiaran televisyen. Cerdik dah kot F.A.M ni...

Tapi Aku kurang setuju bila hanya 12 pasukan yang akan bertanding pada liga Super 2012 nanti.. Bukankah lagi bagus jika Liga itu terdapat banyak pasukan. Ishhh.. tak faham le aku apa sebabnya..Dengan berkurangnya Pasukan maka kurang le pemain yang berkualiti yang dilahirkan nanti. Bukan aku nak merendah-rendahkan standard Liga Primier tetapi bagi aku Liga Super adalah Liga tumpuan di Negara kita.

Masih punya masa untuk F.A.M bincangkan pekara ini.. harap-harap otak beku mereka tu dicairkan le hendaknya..

Friday 29 April 2011

Pemain import kembali, seorang mesti dari rantau ASEAN

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

PETALING JAYA - Kembalinya aksi pemain import, Liga Super tidak lebih daripada 12 pasukan dan geran penajaan yang berdasarkan prestasi liga, mampu lebih mewarnai dan menyuntik kehebatan Liga Malaysia musim depan, menurut kaca mata Jawatankuasa Malaysia Super League (MSL), semalam.
Malah tanggungjawab menguruskan Liga M mahupun pasukan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, bakal diserahkan kepada sebuah entiti profesional dan komersial yang berasingan sekali gus melepaskannya daripada bahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak negeri (FA).
Kerinduan kepada aksi pemain import sejak 2009 pula turut akan terubat sekiranya saranan jawatankuasa ini direstui Majlis FAM, tidak lama lagi dengan setiap pasukan cuma dibenarkan memiliki sehingga tiga orang namun salah satu daripadanya mestilah yang berasal dari Asia Tenggara.
Pengerusi MSL, Tan Sri Annuar Musa berkata di Wisma FAM, Kelana Jaya: "Kami melihat kemasukan semula pemain import mampu menyumbangkan salah satu nilai tambah kepada mutu liga bola sepak kita selagi tahap permainan mereka didapati lebih baik daripada pemain tempatan.
"Ia juga membuka peluang pemain tempatan bersaing semula mahupun berganding bahu lantas menimba pengalaman dengan pemain import yang lebih baik daripada mereka," katanya yang juga Timbalan Presiden FAM selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.
Mengenai saranan pengurangan pasukan Liga Super daripada 14 seperti sekarang, katanya: "Kita perlukan kualiti liga kerana tiada maknanya jika ia ditandingi lebih 12 pasukan tetapi sering berlakunya jurang perbezaan gol yang besar dan keputusan perlawanan yang tidak seimbang.
"Geran penajaan tahunan kepada setiap pasukan atau persatuan negeri pula dicadangkan berdasarkan prestasi mereka dalam liga kerana kita tidak mahu lagi pihak ini menganggap mereka sudah dijamin wang yang mudah atau seperti mendapat 'derma' hasil tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Skalanya kepada setiap penerima mesti berbeza atau dengan kriteria dan tanda aras tertentu namun mulai musim depan, pasukan tuan rumah yang perlawanannya disiarkan secara langsung menerusi TV juga bakal menikmati yuran kemunculan sebanyak RM30,000 sebagai geran bantuan tambahan daripada MSL," jelasnya.
Berhubung peralihan tugas menguruskan liga dan pasukan daripada FAM dan FA negeri termasuk tanpa melibatkan jawatankuasa pertandingan tempatan lagi, katanya: "Ia adalah untuk mendapat pengiktirafan liga profesional sepenuhnya daripada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sekali gus melayakkan kita bermain dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL)."

Thursday 28 April 2011

T-Team panggil Che Ku Marzuki

KRISIS yang melanda T-Team bakal menemui jalan penyelesaian apabila pengurusan pasukan berstatus kelab itu melantik Che Ku Marzuki Che Ku Mohd. Nor dan Yusuf Ali sebagai jurulatih sementara.
Tindakan itu adalah susulan keputusan pihak tertinggi T-Team yang merehatkan ketua jurulatih, Yunus Alif daripada membimbing pasukan ekoran prestasi teruk yang dicatat sejak kebelakangan ini.
Pengurus T-Team, Rozi Mamat ketika mengesahkan keputusan itu berkata, pelantikan Che Ku Marzuki dan Yusuf dibuat berdasarkan perbincangan semua pihak demi memastikan pasukan itu dapat terus bersaing dalam kempen liga musim ini.
"Kita akui T-Team tidak begitu konsisten sehingga ramai peminat tak puas hati dan kita mengambil keputusan untuk merehatkan Yunus," katanya semalam.
Untuk rekod, Che Ku Marzuki merupakan bekas jurulatih T-Team yang berjaya membawa pasukan berstatus kelab itu layak beraksi dalam kempen Liga Super musim lalu selepas hanya semusim bersaing dalam Liga Perdana.
Tahun lalu, T-Team yang dibarisi ramai pemain berpengalaman seperti Syamsuri Mustaffa, Norfazly Alias, Hairuddin Omar dan Rosdi Talib berjaya menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh.
Sementara itu, Yusuf pula yang diberi tanggungjawab untuk berkerjasama dengan Che Ku Marzuki merupakan jurulatih pasukan Piala Presiden T-Team.
"Tugasan kedua-dua jurulatih ini akan diteliti dan jika pengurusan berpuas hati, khidmat kedua-dua jurulatih itu berkemungkinan akan diteruskan," ujarnya.
Dalam pada itu, Che Ku Marzuki ketika dihubungi mengesahkan, dia telah 'bebas' daripada penggantungan selama enam bulan pada 20 April lalu dan sedia kembali membimbing bekas pasukannya itu andai diberi peluang.
"Masih terlalu awal untuk saya komen keputusan ini dan kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku nanti," katanya.
Kemelut yang berlaku dalam kem T-Team bermula sejak dua minggu lalu apabila mereka tewas 0-1 kepada pasukan setempat, Terengganu sebelum dimalukan Johor FC dan Kuala Lumpur.
Namun, T-Team yang beraksi buat pertama kali tanpa kelibat Yunus kelmarin kembali garang apabila merekodkan kemenangan pertama dalam lima perlawanan terakhir menerusi kemenangan 3-1 ke atas Kedah.
*Petikan artikel dari sukan kosmo.

*Kenapa ramai jurulatih bermasalah sekarang ini?

Wednesday 27 April 2011

Kelantan benam ego Selangor

NORSHAHRUL (kiri) dicabar pertahanan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi. Kelantan menang 1-0.


PENGGEMPUR berbisa, Norshahrul Idlan Talaha dijulang sebagai wira apabila meledak gol ketika membantu Kelantan membenam pendahulu Liga Super, Selangor 1-0 malam tadi.
Gol menerusi tandukannya seawal minit keempat pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu itu sudah cukup untuk Kelantan kembali bangkit menyaingi takhta liga.
Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan terus melakukan asakan untuk mendapatkan gol awal dan Norshahrul yang tidak dikawal berjaya menanduk masuk bola menewaskan Saiful Amar Sudar di gawang Selangor.
Segala-galanya berpunca daripada lontaran ke dalam oleh pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang ditanduk ke belakang oleh ketua pasukan, Badri Radzi sebelum Norshahrul mudah merobek gawang Selangor untuk gol tunggal perlawanan.
Peluang Selangor hadir pada minit ke-23 menerusi pemain pertahanan, Nasriq Baharom yang menanduk bola hasil sepakan percuma Amri Yahyah, namun sedikit melepasi palang gol.
Selang enam minit kemudian, Norshahrul sekali lagi mencemaskan benteng Selangor apabila rembatannya gagal ditangkap kemas oleh Saiful Amar tetapi bola tersebut bergolek keluar.
Babak kedua perlawanan menyaksikan Selangor bermula garang menerusi rembatan Amri dari penjuru kanan gawang Kelantan yang mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat, namun ia sekadar singgah di tiang gol.
Pemain sayap lincah Kelantan, Nurul Azwan Roya turut berpeluang mencatat nama sebagai penjaring, namun rembatannya selepas menerima umpanan Norshahrul dihalang pertahanan Selangor.
Penghujung babak perlawanan, penyerang Selangor, Fadzli Saari mampu mengubah keputusan perlawanan, namun rembatan kencangnya sedikit tersasar.
Kelantan yang 'dibantu' hampir 25,000 penyokong mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menyaksikan perlawanan tersebut.

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

Monday 25 April 2011

Kelantan, Selangor tentukan siapa lebih berkuasa dalam saingan Liga Super

PERTEMBUNGAN dua gergasi - Kelantan dan Selangor di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, esok umpama 'pertemuan buku dengan ruas' menentukan siapa lebih berkuasa dalam saingan Liga Super, musim ini.


Norshahrul Idlan Talaha, penyerang kebangsaan dan
Kelantan yang berbisa

Semangat membara selepas mencatat kemenangan 2-0 pada perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah sekali gus memberi tiga mata kepada Red Warriors pada awal musim Liga Malaysia tahun ini, masih menebal di sanubari anak buah Datuk M Karathu untuk sekali lagi bertarung dengan Selangor pada pusingan kedua liga.
Bagaimanapun, pemain tetap berwaspada ketika Selangor dianggap pasukan konsisten musim ini, termasuk menewaskan Sabah 2-1 di Kota Kinabalu, malam kelmarin. 

Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Mohd Khairul Fahmi Che Mat akur tugasan getir menanti pasukan Red Warriors. 

“Pertemuan Kelantan dan Selangor ini satu perlawanan yang penting dan turut menjadi perhatian peminat mengenai pasukan mana yang mampu mencapai kemenangan. 

“Saya serta rakan sepasukan memberi fokus 100 peratus kepada perlawanan ini dengan misi menggalas cabaran, sekali gus mengutip tiga mata di Kota Bharu,” katanya. 
Apa pun, katanya, pemain Kelantan mempunyai komitmen dan semangat tinggi setiap kali bertemu Selangor walaupun menyedari kehadiran lawan kali ini untuk misi membalas dendam kekalahan dalam perlawanan Piala Sumbangsih.[beritaharian]

Saturday 23 April 2011

Kelantan dulu dan kini..

Kelantan "Gomo Kelate Gomo" memang dahulu dikenali sebagai pasukan samseng. Apa taknya pantang salah sikit nak bergaduh aje.. tapi itu dulu le.. sekarang Kelantan dah berubah.. Ia kini mula menjadi perhatian ramai pihak. Semenjak terjerumus sehingga ke Liga FAM pada tahun 2005 mereka mula bangkit kembali setelah pengurusan diambil alih oleh Tan Sri Anuar Musa. Punca utama yang dikaitkan dengan kemerosotan Pasukan Kelantan sewaktu terjerumus ke liga fam kerana faktor pengurusan, kewangan dan penghijrahan pemain ternama dari pasukan.


Pada hujung tahun 2007 Tan Sri Anuar Musa telah mengambil alih pasukan Kelantan melalui AGM (info dari kelate.net). Pada tahun 2008 pula Kelantan telah bermain di Liga Perdana dan menjadi pasukan di ranking ke-3. Sungguh bertuah Pasukan Kelantan pada waktu itu apabila tindakan PDRM (Polis Di Raja Malaysia) menarik diri dari saingan Liga Super memastikan mereka mendapat tiket untuk bermain di Liga Super pada tahun 2009. Walaupun kemunculan mereka pada tahun tersebut dicemari dengan insiden/tragedi 9 April 2009 dimana penyokong merusuh akibat ketidakpuasan hati terhadap pengadil ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan.

Akibat dari rusuhan tersebut Kelantan didenda oleh F.A.M iaitu tidak dibenarkan bermain di Stadium Sultan Muhammad ke iv tetapi menggunakan stadium bukit jalil. Pada tahun 2009 juga Kelantan telah berjaya melangkah ke Final Piala F.A dan Piala Malaysia tetapi tuah tidak menyebelahi mereka apabila tewas kepada Selangor dan Negeri Sembilan.

Pada tahun 2010 Kelantan telah berjaya membawa pulang Piala keramat iaitu Piala Malaysia apabila berjaya membalas dendam keatas Negeri Sembilan. Kejayaan tersebut mengakhiri penantian selama 89 tahun. Seluruh Penyokong dan penduduk di Negeri Kelantan ini berpesta meraikan kejayaan tersebut.

Kini 2011.. Kelantan kembali ke medan pertarungan selaku Juara Piala Malaysia.. mereka mempunyai misi mempertahankan dan ingin merampas kesemua piala yang dipertandingkan. Tamparan hebat diterima apabila beberapa pemain ternama mereka sewaktu menjulang Piala Malaysia bertindak berpindah ke pasukan lain. Dan tamparan kedua pula apabila ketua jurulatih B.Sathianathan pula digantung oleh Lembaga Disiplin F.A.M. Keadaan tersebut dilihat merencatkan perjuangan Pasukan Kelantan. Ketangkasan KAFA menyelesaikan isu jurulatih apabila melantik M.Karathu sebagai pengganti kepada B.Sathianathan. Misi awal mereka berjaya apabila menundukan Selangor dalam pertembungan merebut Piala Sultan Ahmad Shah. 

Dalam saingan liga ketika kini Pasukan Kelantan dilihat pencabar utama kejuaraan,  walaupun ketika ini berada ditangga ke dua dibelakang Selangor tetapi kemampuan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi. Kemengan terbesar mereka ketika membelasah Perlis 5-1 pada pusingan pertama liga super dan membelasah pasukan yang sama 4-0 pada pusingan ke dua Liga Super harus menerbitkan rasa cemas dan gelisah terhadap pasukan lain apabila mereka bertembung kelak.

Antara Pemain Kelantan kini menjadi sanjungan adalah: 

Norshahrul Idlan Talaha (penyerang)
Khairul Fahmi (Penjaga Gol)
Kesebelasan Kelantan (gambar diambil dari kelate.net)

Buat  semua penyokong Kelantan tahniah diucapkan.. tak kira apa jua kecaman dan sindiran... anda kini berhak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama golongan penyokong lain yang selama ini mendominasi Liga dan Piala di Malaysia ini. 

Sebelum mengakhiri cerita teringat pula kepada Lagenda ini:

Hashim Mustapha

Tahukah Anda: Hashim Mustapha menjadi penjaring terbanyak Liga pada tahun 1993 (13 gol) dan 1994 (25 gol). Sehingga kini belum ada lagi penyerang yang berjaya menjaringkan gol lebih dari 25 gol milik Hashim Mustapha.

 

 

 *Jika terdapat artikel yang saya coretkan ini tersalah atau tidak memberikan kredit.. saya memohon jutaan maaf.. jika ada sila tinggalkan diruangan komen.*



Sejauh mana Profesionalnya Pemain bolasepak di Malaysia?

Pemain bolasepak sekarang semuanya profesional, kontrak, bayaran, kemudahan dan pekara-pekara yang berkaitan dengan kerjaya mereka sebagai pemain bolasepak. tetapi persoalan sekarang adalah "sejauh mana profesionalnya mereka"?

Cuba kita renungkan, apa perasaan pemain-pemain apabila mereka bermain dalam satu pasukan tetapi mendapat gaji yang berlainan, ada yang dibayar mahal kerana berstatus bintang dan ada yang dibayar kurang dari itu kerana bertaraf pemain biasa sahaja. Wujudkah elemen-elemen kurang sihat terhadap situasi berikut?

Hasil tinjuan dan risikan yang didapati terdapat pemain dalam pasukan sesebuah negeri yang tidak langsung bertegur sapa, ini adalah kenyataan dan telah diperakui oleh ramai pihak. Bagaimana mereka berinteraksi ditengah padang ketika tidak langsung bertegur sapa..  Adakah mereka itu profesional? 

Sebenarnya pelbagai masalah dalaman dalam sesebuah pasukan bolasepak melibatkan pemain dan mereka gagal menjadi profesional lalu mengakibatkan kejatuhan pasukan tersebut. Oleh itu pekara yang sedemikian merencatkan perkembangan sesebuah pasukan dan boleh dikatakan menghancurkan bolasepak Negara kita ini.

Menjadi mangsa akibat "Profesional"nya pemain-pemain tersebut adalah penyokong, mereka sanggup mengharungi perjalanan yang jauh semata-mata untuk memberi sokongan terhadap pasukan yang disayangi tetapi agak malang di tipu oleh sikap "Profesional" pemain-pemain tersebut.

Berubah lah wahai pemain-pemain profesional, apa yang kamu dapat sekarang bukan menjamin masa hadapan jika sentiasa dicerca dan disumpah. Pemain yang ikhlas sudah pasti akan didoakan ... Allah Maha Mengetahui kebenaranya...

Thursday 21 April 2011

kehadiran ultras dirasai

Selepas mendapat keputusan seri dengan Pahang malam semalam, coach pasukan Negeri Sembilan, Azraai Khor mengucapkan terima kasih kepada Ultras Nogori (UN9) atas sokongan yang diberi di facebook rasmi Ultras Nogori. Dikatakan kehadir Ultras Nogori di Stadium Darul Makmur memberi impak bukan sahaja kepada penyokong lain tetapi juga kepada pasukan.

gambar dari pages UN9

Fenomena ultras di Malaysia semakin membiak hampir keseluruh negeri negeri lain juga dan pihak tertentu perlulah mengambil perhatian sebaiknya untuk meningkatkan mutu bolasepak negara.

Wednesday 20 April 2011

Kedah memintas Perak

Kedah memungut tiga mata penuh selepas hasil tandukan Khyril Muhymeen dan kesilapan pemain Harimau Muda A  pada minit ke 79. Kedah secara senyap memberi saingan kepada pencabar pencabar utama Liga Super Malaysia 2011 bila berada di tangga yang ke empat selepas memintas Perak hasil tiga mata penuh dengan menewaskan Harimau Muda A di Stadium Melawati, Shah Alam sebentar tadi.

video : sokernet

Hamidin, Astaman dan Ednan dilantik jawatan-kuasa AFC


Kredibiliti barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaikkan imej bola sepak negara semakin diiktiraf selepas tiga wakilnya dilantik ke beberapa jawatankuasa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). 


Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pertandingan AFC manakala Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Datuk Astaman Abdul Aziz dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pengadil AFC. 


Ahli jawatankuasa Tatatertib FAM Ednan Othman pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa Tatatertib AFC. 


Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata pelantikan tersebut adalah bagi penggal 2011-2015. 


”Ia adalah penghormatan kepada FAM,” kata Azzuddin.


Memang sesuatu yang membanggakan bagi rakyat Malaysia bila ada wakil  memegang jawatan di organisasi yang lebih global seperti memegang jawatan di AFC, tapi bila dilihat semula arena bolasepak negara kita sendiri masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Bagi aku memegang jawatan di AFC tidak patut dibanggakan kalau jawatan di negara sendiri pun terabai.

Adil ke Pengadil?

Pengadil adalah individu terpenting mengawal permainan bolasepak, ia akan di bantu oleh dua orang penjaga garisan dan seorang lagi pembantu. Tetapi persoalan sekarang yang aku nak ajukan adalah "Adil ke Pengadil"?

Sejauh mana kejujuran seorang pengadil didalam mengawal sesuatu perlawanan bolasepak?

Bagi aku pengadil yang ada kat Malaysia ni kebanyakanya amatur aje.. tak layak pun nak adili peringkat Piala Dunia. Sedangkan bila mengadili perlawanan liga aje dah banyak suara-suara sumbang dan cemuhan terhadap mereka.


Jika betul le pengadil ni bagus sangat, pasti akan ada insan yang menghargainya, sedar kewujudanya dan berterima kasih dengan sikap adilnya. Berapa ramai pengadil yang merasa semua tu.. nisbah 1/1000 ke atau takde langsung..?

Dan aku tak hairan le kalau ada pengadil yang dikenakan tindakan jawatankuasa disiplin sebab mereka memang layak untuk itu.

Aku harap Pengadil yang ada kat Malaysia ni "BUKTIKAN YANG AKU SALAH".

Priitttttttttt....!!!!

Tuesday 19 April 2011

Facebook pages



Oleh kerana aku lihat Facebook merupakan laman sosial yang terhangat ketika ini, so.. aku pun buat keputusan untuk membuat satu pages untuk blog ini. korang tengok kat sebelah kanan blog ni untuk ke pages blog.

Tujuan aku hanya untuk berkongsi pendapat sahaja, bila adanya pages tersebut aku dapat berinteraksi bersama peminat bolasepak Malaysia ni.Ini semua akan membantu segala penulisan aku untuk blog ini.

Bersama kita meluahkan perasaan sayang kita kepada bolasepak negara.. FAM perlu dibubarkan!!!

Rasuah..

Sapa kata rasuah bolasepak sudah bersih dalam liga di Malaysia ni, kerat jari kelengkeng le kalau takde rasuah. Masih terdapat individu tertentu yang masih mengamalkan rasuah. Kesemua individu terbabit adalah bangkai pemusnah impian penyokong.

Bagi yang terima rasuah tu berfikirlah, Tuhan nampak apa yang kau terima sekarang. Sumpah aku akan ludah muka korang jika korang dah kantoi nanti!! Buat malu aje sapa yang terima rasuah tu, bagi aku elok dibuang kerakyatan aje mana-mana individu dalam bolasepak ni yang disahkan terlibat dengan rasuah.

Rasuah ni semuanya datang dari aktiviti perjudian.. sapa yang bagi lesen judi bolasepak.. di negara kita ni ada tak yang dapat lesen menjalankan judi bolasepak.. lu fikir la pakai kepala lutut sendiri.. kalau puncanya tak dibendung maka tak akan hilang le rasuah tu..

Hapuskan rasuah dan hapuskan judi bolasepak!!!

Monday 11 April 2011

FAM angan-angan mat jenin.

Gua rasa Mat Jenin punya angan-angan lagi bagus dari F.A.M ni. Mat Jenin punya angan-angan untuk diri sendiri tetapi F.A.M ni angan-angan dia untuk Bolasepak Negara. Cuba renungkan, berapa ramai pemain bolasepak yang ada di Malaysia ini. Kemana hala tuju mereka untuk meningkatkan lagi permainan. Jawapannya pisang!!!

Gua anggap F.A.M ni nyanyuk, persatuan yang lebih banyak cakap tapi takde hasil apa pun. Pemain yang F.A.M gilap takde la ramai sangat pun, ramai lagi yang berbakat disingkirkan disebabkan oleh pilih kasih pegawai-pegawai F.A.M peringkat bawahan. Masing-masing nak menaikan nama anak saudara, anak sahabat, sepupu dan yang ada bau bacang dengan mereka aje, ini bukan cakap kosong tetapi kenyataan.

Kalau hanya ada beberapa trofi sahaja nak dibanggakan lebih baik tak payah, Janganlah mendabik dada dengan mengatakan program yang dianjurkan selama ini telah membuahkan hasil. Poorraahhhh... sepatutnya Malaysia mampu pergi lebih jauh lagi dalam bolasepak.

Apa yang gua nampak sekarang ini F.A.M sibuk mencari dana, pantang ada sahaja peluang bagi menambah kantung mereka akan sapu. Ini termasuklah penjualan tiket, tak kiralah perlawanan Antarabangsa atau pun Final-final piala yang ada di Negara kita ini. Kemana dana tersebut disalurkan?

Apa jadahnya menghantar skuad Harimau Muda ke Slovakia pada tahun lepas jikalau mereka itu hanya dijadikan kambing hitam oleh pihak di F.A.M sahaja. Apa keputusan diperolehi disana dan apa kemajuan yang dicapai disana.. rata-rata taraf permainan mereka masih sama lagi dengan pemain yang ada di Malaysia ini.

Kini pencinta bolasepak Malaysia telah bersuara, kita boleh lihat di laman sosial Facebook sekarang wujudnya pages dari anak-anak muda yang mahukan perubahan dalam soal pengurusan bolasepak di Negara kita ini. Kalau nak tahu pages apa, lu cari le sendiri, jangan tahu nak bersuap aje.. kena la usaha.. kalau lu rasa nak bersuap aje.. lu duduk la sama orang-orang yang ada dalam F.A.M.

Klik..