Pemain bolasepak sekarang semuanya profesional, kontrak, bayaran, kemudahan dan pekara-pekara yang berkaitan dengan kerjaya mereka sebagai pemain bolasepak. tetapi persoalan sekarang adalah "sejauh mana profesionalnya mereka"?
Cuba kita renungkan, apa perasaan pemain-pemain apabila mereka bermain dalam satu pasukan tetapi mendapat gaji yang berlainan, ada yang dibayar mahal kerana berstatus bintang dan ada yang dibayar kurang dari itu kerana bertaraf pemain biasa sahaja. Wujudkah elemen-elemen kurang sihat terhadap situasi berikut?
Hasil tinjuan dan risikan yang didapati terdapat pemain dalam pasukan sesebuah negeri yang tidak langsung bertegur sapa, ini adalah kenyataan dan telah diperakui oleh ramai pihak. Bagaimana mereka berinteraksi ditengah padang ketika tidak langsung bertegur sapa.. Adakah mereka itu profesional?
Sebenarnya pelbagai masalah dalaman dalam sesebuah pasukan bolasepak melibatkan pemain dan mereka gagal menjadi profesional lalu mengakibatkan kejatuhan pasukan tersebut. Oleh itu pekara yang sedemikian merencatkan perkembangan sesebuah pasukan dan boleh dikatakan menghancurkan bolasepak Negara kita ini.
Menjadi mangsa akibat "Profesional"nya pemain-pemain tersebut adalah penyokong, mereka sanggup mengharungi perjalanan yang jauh semata-mata untuk memberi sokongan terhadap pasukan yang disayangi tetapi agak malang di tipu oleh sikap "Profesional" pemain-pemain tersebut.
Berubah lah wahai pemain-pemain profesional, apa yang kamu dapat sekarang bukan menjamin masa hadapan jika sentiasa dicerca dan disumpah. Pemain yang ikhlas sudah pasti akan didoakan ... Allah Maha Mengetahui kebenaranya...
Showing posts with label Liga Malaysia.. Show all posts
Showing posts with label Liga Malaysia.. Show all posts
Saturday, 23 April 2011
Wednesday, 20 April 2011
Adil ke Pengadil?
Pengadil adalah individu terpenting mengawal permainan bolasepak, ia akan di bantu oleh dua orang penjaga garisan dan seorang lagi pembantu. Tetapi persoalan sekarang yang aku nak ajukan adalah "Adil ke Pengadil"?
Bagi aku pengadil yang ada kat Malaysia ni kebanyakanya amatur aje.. tak layak pun nak adili peringkat Piala Dunia. Sedangkan bila mengadili perlawanan liga aje dah banyak suara-suara sumbang dan cemuhan terhadap mereka.
Jika betul le pengadil ni bagus sangat, pasti akan ada insan yang menghargainya, sedar kewujudanya dan berterima kasih dengan sikap adilnya. Berapa ramai pengadil yang merasa semua tu.. nisbah 1/1000 ke atau takde langsung..?
Dan aku tak hairan le kalau ada pengadil yang dikenakan tindakan jawatankuasa disiplin sebab mereka memang layak untuk itu.
Aku harap Pengadil yang ada kat Malaysia ni "BUKTIKAN YANG AKU SALAH".
Priitttttttttt....!!!!
![]() |
| Sejauh mana kejujuran seorang pengadil didalam mengawal sesuatu perlawanan bolasepak? |
Bagi aku pengadil yang ada kat Malaysia ni kebanyakanya amatur aje.. tak layak pun nak adili peringkat Piala Dunia. Sedangkan bila mengadili perlawanan liga aje dah banyak suara-suara sumbang dan cemuhan terhadap mereka.
Jika betul le pengadil ni bagus sangat, pasti akan ada insan yang menghargainya, sedar kewujudanya dan berterima kasih dengan sikap adilnya. Berapa ramai pengadil yang merasa semua tu.. nisbah 1/1000 ke atau takde langsung..?
Dan aku tak hairan le kalau ada pengadil yang dikenakan tindakan jawatankuasa disiplin sebab mereka memang layak untuk itu.
Aku harap Pengadil yang ada kat Malaysia ni "BUKTIKAN YANG AKU SALAH".
Priitttttttttt....!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
