Thursday 26 May 2011

Isu rasuah bolasepak : PBNS buat laporan polis

SEREMBAN : 26 Mei – Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) hari ini membuat laporan Polis mengenai isu mengatur perlawanan di kalangan pihak pengurusan serta pemain skuad Piala Presiden.
Dalam sidang media di Wisma Negeri sebentar tadi, Menteri Besar yang jelas sedih serta terkilan menjelaskan, pihak PBNS terpaksa membuat laporan Polis setelah menerima laporan serta ada individu dan pemain yang bersedia tampil menjadi saksi terhadap kes mengatur perlawanan ini.
Ujarnya, “  isu rasuah mengatur perlawanan ini amat serius serta mesti dihentikan segera sebelum merebak sehingga boleh memusnahkan perkembangan bolasepak tanah air.”
Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan juga merasakan rasuah mengatur perlawanan ini juga mungkin terdapat dalam perlawanan di Liga Super memandangkan persembahan yang tidak konsisten di pamerkan oleh skuad itu kebelakangan ini.
Namun setelah laporan Polis dibuat, Menteri Besar berharap perkara ini akan di selesaikan serta di siasat dengan teliti supaya semua pihak yang terlibat dapat di berkas  seterusnya di dakwa.
Menteri Besar dengan tegas tidak mahu para pemain muda skuad Piala Presiden ini terbabit serta terjebak dalam gejala buruk ini yang hanya akan merosakkan masa depan mereka seterusnya menjatuhkan imej bolasepak Negara.
PBNS akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan samada perlu menggantung skuad Piala Presiden ini atau pun menunggu laporan lengkap siasatan Polis kelak.
Kepada Skuad Liga Super , Menteri Besar berharap jika benar ada unsur rasuah mengatur perlawanan ini maka pihak terbabit mesti turut di berkas tetapi jika tiada ianya amat baik dan sememangnya diharapkan.
Menteri Besar mengakui maklumat dan desas-desus mengenai isu rasuah ini telah mula di dengar dari tahun lepas, namun kerana tiada bukti kukuh serta saksi yang tampil, maka laporan tidak dapat di buat sehinggalah hari ini.
Laporan dibuat di balai IPD Seremban.

Saturday 14 May 2011

Penjaga garisan tunjuk kuasa, kelantan merana..

Boleh ke aku buat tajuk seperti ni.. sebab ini bukan fakta tetapi dari sudut pengamatan aku jer yang membenci pengadil dan konco-konconya dari FAM.. Jika 90 minit perlawanan dimaki dan dicerca agak-agak mereka terasa atau tidak?

Kita lihat dulu video ini...



Kedudukan penjaga garisan berhampiran dengan beribu penyokong Kelantan.. tak mustahil penjaga garisan ini tidak mendengar apa yang penyokong kelantan katakan.. Penjaga garisan tersebut gagal mengawal emosi dan melupakan ke profesionalan ketika menjalankan tugas mengadili perlawanan tersebut..

Kesimpulanya atas pendapat diri aku sendiri.. "penjaga garisan telah berjaya membalas dendam.. sekali angkat sahaja bendera membuatkan beribu-ribu penyokong kelantan kecewa.."

Monday 9 May 2011

Liga Presiden Jahanam!!!

Dah semakin parah Liga di Malaysia ni.. mengikut perkembangan terbaru dari info yang memang boleh dipercayai mengatakan Liga Presiden di serang bookie-bookie. Mengikut maklumat yang didapati mengatakan terdapat pemain-pemain di bayar sehingga rm 2000.00 seorang untuk satu perlawanan. Wah.. kaya le mereka ni kan.. lepas ni boleh le enjoy sakan..

Memang sial le mereka ni, tak sudah-sudah nak menghancurkan bolasepak. Demi wang ringgit sanggup korban kan maruah diri. Jahanam la korang yang ambil rasuah tu, dan mampos le korang yang jadi bookie.. halau le mereka ni dari Malaysia lagi elok..

Oh ye.. bukan pemain aje yang menerima sogokan ini tetapi jurulatih sekali.. dengar cerita jurulatih ni dah pun kena pecat.. kalau korang nak tahu team mana yang aku maksudkan ni cari le jurulatih skuad presiden mana yang di pecat baru-baru ni..

Mana le nak letak muka lepas ni... sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tak berguna... Bayangkan.. bukan yang mengambil sogokan tu jer yang akan mendapat malu tetapi keluarga sekali turut merasa bahangnya...

Kepada adik-adik di Liga Presiden.. bertaubat le kamu... sesali le apa yang kamu dah lakukan.. najis yang korang terima tu tak akan membawa kekayaan pun..

Tuesday 3 May 2011

Skuad Perlis Mangsa terbaru..

Aku layan berita dari televisyen, time sukan aje memang aku akan fokus terutamanya bab sukan bolasepak. semalam aku tertarik bab penyokong Perlis mempertikaikan keputusan pengadil ketika Skuad tersebut menentang Harimau Muda A.

Sebenarnya bukan Pasukan Perlis sahaja yang menimpa nasib sebegini, semua pasukan yang bertemu dengan Harimau Muda A akan ditindas oleh Pengadil.. "dah tentu le majikan mereka tu F.A.M BANGSAT".. memang ketara sangat le pengadil berat sebelah.. nak buat camne kan.. buat rayuan/laporan pun kat F.A.M BANGSAT... mana le nak jalan... harap air liur jer la berbuih... mereka tu pekak kan telinga aje..

Kalau dah Persatuan yang mengepalai bolasepak kat Malaysia ni tak profesional macam mana kesemua yang berada dibawahnya tu nak profesional... Memang kena gula-gula aje la yang lain-lain nya..

Tapi aku respek kat Penyokong sekarang ini sebab sudah berani bersuara... tiada lagi perasaan takut bila meluahkan perasaan terpendam.. teruskan usaha mu rakan-rakan sekelian...

Saturday 30 April 2011

Bebal lagi!!

Huh.. cerdik ke Persatuan ni.. Ingatkan dah mula belajar dari kesilapan tapi masih lagi bebal rupanya. Semalam didalam keratan akhbar ada dinyatakan yang Liga Super bagi tahun 2012 akan diwarnai semula oleh pemain Import dengan syarat Seorang Pemain diwajibkan dari anggota Asean (Yang ni aku rasa idea dari pages PFSLJ kat facebook). Bab ni aku setuju le sebab akan ada keuntungan dari segi hak penyiaran televisyen. Cerdik dah kot F.A.M ni...

Tapi Aku kurang setuju bila hanya 12 pasukan yang akan bertanding pada liga Super 2012 nanti.. Bukankah lagi bagus jika Liga itu terdapat banyak pasukan. Ishhh.. tak faham le aku apa sebabnya..Dengan berkurangnya Pasukan maka kurang le pemain yang berkualiti yang dilahirkan nanti. Bukan aku nak merendah-rendahkan standard Liga Primier tetapi bagi aku Liga Super adalah Liga tumpuan di Negara kita.

Masih punya masa untuk F.A.M bincangkan pekara ini.. harap-harap otak beku mereka tu dicairkan le hendaknya..

Friday 29 April 2011

Pemain import kembali, seorang mesti dari rantau ASEAN

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

PETALING JAYA - Kembalinya aksi pemain import, Liga Super tidak lebih daripada 12 pasukan dan geran penajaan yang berdasarkan prestasi liga, mampu lebih mewarnai dan menyuntik kehebatan Liga Malaysia musim depan, menurut kaca mata Jawatankuasa Malaysia Super League (MSL), semalam.
Malah tanggungjawab menguruskan Liga M mahupun pasukan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, bakal diserahkan kepada sebuah entiti profesional dan komersial yang berasingan sekali gus melepaskannya daripada bahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak negeri (FA).
Kerinduan kepada aksi pemain import sejak 2009 pula turut akan terubat sekiranya saranan jawatankuasa ini direstui Majlis FAM, tidak lama lagi dengan setiap pasukan cuma dibenarkan memiliki sehingga tiga orang namun salah satu daripadanya mestilah yang berasal dari Asia Tenggara.
Pengerusi MSL, Tan Sri Annuar Musa berkata di Wisma FAM, Kelana Jaya: "Kami melihat kemasukan semula pemain import mampu menyumbangkan salah satu nilai tambah kepada mutu liga bola sepak kita selagi tahap permainan mereka didapati lebih baik daripada pemain tempatan.
"Ia juga membuka peluang pemain tempatan bersaing semula mahupun berganding bahu lantas menimba pengalaman dengan pemain import yang lebih baik daripada mereka," katanya yang juga Timbalan Presiden FAM selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.
Mengenai saranan pengurangan pasukan Liga Super daripada 14 seperti sekarang, katanya: "Kita perlukan kualiti liga kerana tiada maknanya jika ia ditandingi lebih 12 pasukan tetapi sering berlakunya jurang perbezaan gol yang besar dan keputusan perlawanan yang tidak seimbang.
"Geran penajaan tahunan kepada setiap pasukan atau persatuan negeri pula dicadangkan berdasarkan prestasi mereka dalam liga kerana kita tidak mahu lagi pihak ini menganggap mereka sudah dijamin wang yang mudah atau seperti mendapat 'derma' hasil tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Skalanya kepada setiap penerima mesti berbeza atau dengan kriteria dan tanda aras tertentu namun mulai musim depan, pasukan tuan rumah yang perlawanannya disiarkan secara langsung menerusi TV juga bakal menikmati yuran kemunculan sebanyak RM30,000 sebagai geran bantuan tambahan daripada MSL," jelasnya.
Berhubung peralihan tugas menguruskan liga dan pasukan daripada FAM dan FA negeri termasuk tanpa melibatkan jawatankuasa pertandingan tempatan lagi, katanya: "Ia adalah untuk mendapat pengiktirafan liga profesional sepenuhnya daripada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sekali gus melayakkan kita bermain dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL)."

Thursday 28 April 2011

T-Team panggil Che Ku Marzuki

KRISIS yang melanda T-Team bakal menemui jalan penyelesaian apabila pengurusan pasukan berstatus kelab itu melantik Che Ku Marzuki Che Ku Mohd. Nor dan Yusuf Ali sebagai jurulatih sementara.
Tindakan itu adalah susulan keputusan pihak tertinggi T-Team yang merehatkan ketua jurulatih, Yunus Alif daripada membimbing pasukan ekoran prestasi teruk yang dicatat sejak kebelakangan ini.
Pengurus T-Team, Rozi Mamat ketika mengesahkan keputusan itu berkata, pelantikan Che Ku Marzuki dan Yusuf dibuat berdasarkan perbincangan semua pihak demi memastikan pasukan itu dapat terus bersaing dalam kempen liga musim ini.
"Kita akui T-Team tidak begitu konsisten sehingga ramai peminat tak puas hati dan kita mengambil keputusan untuk merehatkan Yunus," katanya semalam.
Untuk rekod, Che Ku Marzuki merupakan bekas jurulatih T-Team yang berjaya membawa pasukan berstatus kelab itu layak beraksi dalam kempen Liga Super musim lalu selepas hanya semusim bersaing dalam Liga Perdana.
Tahun lalu, T-Team yang dibarisi ramai pemain berpengalaman seperti Syamsuri Mustaffa, Norfazly Alias, Hairuddin Omar dan Rosdi Talib berjaya menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh.
Sementara itu, Yusuf pula yang diberi tanggungjawab untuk berkerjasama dengan Che Ku Marzuki merupakan jurulatih pasukan Piala Presiden T-Team.
"Tugasan kedua-dua jurulatih ini akan diteliti dan jika pengurusan berpuas hati, khidmat kedua-dua jurulatih itu berkemungkinan akan diteruskan," ujarnya.
Dalam pada itu, Che Ku Marzuki ketika dihubungi mengesahkan, dia telah 'bebas' daripada penggantungan selama enam bulan pada 20 April lalu dan sedia kembali membimbing bekas pasukannya itu andai diberi peluang.
"Masih terlalu awal untuk saya komen keputusan ini dan kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku nanti," katanya.
Kemelut yang berlaku dalam kem T-Team bermula sejak dua minggu lalu apabila mereka tewas 0-1 kepada pasukan setempat, Terengganu sebelum dimalukan Johor FC dan Kuala Lumpur.
Namun, T-Team yang beraksi buat pertama kali tanpa kelibat Yunus kelmarin kembali garang apabila merekodkan kemenangan pertama dalam lima perlawanan terakhir menerusi kemenangan 3-1 ke atas Kedah.
*Petikan artikel dari sukan kosmo.

*Kenapa ramai jurulatih bermasalah sekarang ini?

Klik..