Thursday 26 May 2011

Isu rasuah bolasepak : PBNS buat laporan polis

SEREMBAN : 26 Mei – Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) hari ini membuat laporan Polis mengenai isu mengatur perlawanan di kalangan pihak pengurusan serta pemain skuad Piala Presiden.
Dalam sidang media di Wisma Negeri sebentar tadi, Menteri Besar yang jelas sedih serta terkilan menjelaskan, pihak PBNS terpaksa membuat laporan Polis setelah menerima laporan serta ada individu dan pemain yang bersedia tampil menjadi saksi terhadap kes mengatur perlawanan ini.
Ujarnya, “  isu rasuah mengatur perlawanan ini amat serius serta mesti dihentikan segera sebelum merebak sehingga boleh memusnahkan perkembangan bolasepak tanah air.”
Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan juga merasakan rasuah mengatur perlawanan ini juga mungkin terdapat dalam perlawanan di Liga Super memandangkan persembahan yang tidak konsisten di pamerkan oleh skuad itu kebelakangan ini.
Namun setelah laporan Polis dibuat, Menteri Besar berharap perkara ini akan di selesaikan serta di siasat dengan teliti supaya semua pihak yang terlibat dapat di berkas  seterusnya di dakwa.
Menteri Besar dengan tegas tidak mahu para pemain muda skuad Piala Presiden ini terbabit serta terjebak dalam gejala buruk ini yang hanya akan merosakkan masa depan mereka seterusnya menjatuhkan imej bolasepak Negara.
PBNS akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan samada perlu menggantung skuad Piala Presiden ini atau pun menunggu laporan lengkap siasatan Polis kelak.
Kepada Skuad Liga Super , Menteri Besar berharap jika benar ada unsur rasuah mengatur perlawanan ini maka pihak terbabit mesti turut di berkas tetapi jika tiada ianya amat baik dan sememangnya diharapkan.
Menteri Besar mengakui maklumat dan desas-desus mengenai isu rasuah ini telah mula di dengar dari tahun lepas, namun kerana tiada bukti kukuh serta saksi yang tampil, maka laporan tidak dapat di buat sehinggalah hari ini.
Laporan dibuat di balai IPD Seremban.

No comments:

Post a Comment

Klik..