Showing posts with label BOLASEPAK FAM. Show all posts
Showing posts with label BOLASEPAK FAM. Show all posts

Saturday, 30 April 2011

Bebal lagi!!

Huh.. cerdik ke Persatuan ni.. Ingatkan dah mula belajar dari kesilapan tapi masih lagi bebal rupanya. Semalam didalam keratan akhbar ada dinyatakan yang Liga Super bagi tahun 2012 akan diwarnai semula oleh pemain Import dengan syarat Seorang Pemain diwajibkan dari anggota Asean (Yang ni aku rasa idea dari pages PFSLJ kat facebook). Bab ni aku setuju le sebab akan ada keuntungan dari segi hak penyiaran televisyen. Cerdik dah kot F.A.M ni...

Tapi Aku kurang setuju bila hanya 12 pasukan yang akan bertanding pada liga Super 2012 nanti.. Bukankah lagi bagus jika Liga itu terdapat banyak pasukan. Ishhh.. tak faham le aku apa sebabnya..Dengan berkurangnya Pasukan maka kurang le pemain yang berkualiti yang dilahirkan nanti. Bukan aku nak merendah-rendahkan standard Liga Primier tetapi bagi aku Liga Super adalah Liga tumpuan di Negara kita.

Masih punya masa untuk F.A.M bincangkan pekara ini.. harap-harap otak beku mereka tu dicairkan le hendaknya..

Friday, 29 April 2011

Pemain import kembali, seorang mesti dari rantau ASEAN

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

PETALING JAYA - Kembalinya aksi pemain import, Liga Super tidak lebih daripada 12 pasukan dan geran penajaan yang berdasarkan prestasi liga, mampu lebih mewarnai dan menyuntik kehebatan Liga Malaysia musim depan, menurut kaca mata Jawatankuasa Malaysia Super League (MSL), semalam.
Malah tanggungjawab menguruskan Liga M mahupun pasukan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, bakal diserahkan kepada sebuah entiti profesional dan komersial yang berasingan sekali gus melepaskannya daripada bahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak negeri (FA).
Kerinduan kepada aksi pemain import sejak 2009 pula turut akan terubat sekiranya saranan jawatankuasa ini direstui Majlis FAM, tidak lama lagi dengan setiap pasukan cuma dibenarkan memiliki sehingga tiga orang namun salah satu daripadanya mestilah yang berasal dari Asia Tenggara.
Pengerusi MSL, Tan Sri Annuar Musa berkata di Wisma FAM, Kelana Jaya: "Kami melihat kemasukan semula pemain import mampu menyumbangkan salah satu nilai tambah kepada mutu liga bola sepak kita selagi tahap permainan mereka didapati lebih baik daripada pemain tempatan.
"Ia juga membuka peluang pemain tempatan bersaing semula mahupun berganding bahu lantas menimba pengalaman dengan pemain import yang lebih baik daripada mereka," katanya yang juga Timbalan Presiden FAM selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.
Mengenai saranan pengurangan pasukan Liga Super daripada 14 seperti sekarang, katanya: "Kita perlukan kualiti liga kerana tiada maknanya jika ia ditandingi lebih 12 pasukan tetapi sering berlakunya jurang perbezaan gol yang besar dan keputusan perlawanan yang tidak seimbang.
"Geran penajaan tahunan kepada setiap pasukan atau persatuan negeri pula dicadangkan berdasarkan prestasi mereka dalam liga kerana kita tidak mahu lagi pihak ini menganggap mereka sudah dijamin wang yang mudah atau seperti mendapat 'derma' hasil tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Skalanya kepada setiap penerima mesti berbeza atau dengan kriteria dan tanda aras tertentu namun mulai musim depan, pasukan tuan rumah yang perlawanannya disiarkan secara langsung menerusi TV juga bakal menikmati yuran kemunculan sebanyak RM30,000 sebagai geran bantuan tambahan daripada MSL," jelasnya.
Berhubung peralihan tugas menguruskan liga dan pasukan daripada FAM dan FA negeri termasuk tanpa melibatkan jawatankuasa pertandingan tempatan lagi, katanya: "Ia adalah untuk mendapat pengiktirafan liga profesional sepenuhnya daripada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sekali gus melayakkan kita bermain dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL)."

Wednesday, 20 April 2011

Hamidin, Astaman dan Ednan dilantik jawatan-kuasa AFC


Kredibiliti barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaikkan imej bola sepak negara semakin diiktiraf selepas tiga wakilnya dilantik ke beberapa jawatankuasa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). 


Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pertandingan AFC manakala Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Datuk Astaman Abdul Aziz dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pengadil AFC. 


Ahli jawatankuasa Tatatertib FAM Ednan Othman pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa Tatatertib AFC. 


Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata pelantikan tersebut adalah bagi penggal 2011-2015. 


”Ia adalah penghormatan kepada FAM,” kata Azzuddin.


Memang sesuatu yang membanggakan bagi rakyat Malaysia bila ada wakil  memegang jawatan di organisasi yang lebih global seperti memegang jawatan di AFC, tapi bila dilihat semula arena bolasepak negara kita sendiri masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Bagi aku memegang jawatan di AFC tidak patut dibanggakan kalau jawatan di negara sendiri pun terabai.

Adil ke Pengadil?

Pengadil adalah individu terpenting mengawal permainan bolasepak, ia akan di bantu oleh dua orang penjaga garisan dan seorang lagi pembantu. Tetapi persoalan sekarang yang aku nak ajukan adalah "Adil ke Pengadil"?

Sejauh mana kejujuran seorang pengadil didalam mengawal sesuatu perlawanan bolasepak?

Bagi aku pengadil yang ada kat Malaysia ni kebanyakanya amatur aje.. tak layak pun nak adili peringkat Piala Dunia. Sedangkan bila mengadili perlawanan liga aje dah banyak suara-suara sumbang dan cemuhan terhadap mereka.


Jika betul le pengadil ni bagus sangat, pasti akan ada insan yang menghargainya, sedar kewujudanya dan berterima kasih dengan sikap adilnya. Berapa ramai pengadil yang merasa semua tu.. nisbah 1/1000 ke atau takde langsung..?

Dan aku tak hairan le kalau ada pengadil yang dikenakan tindakan jawatankuasa disiplin sebab mereka memang layak untuk itu.

Aku harap Pengadil yang ada kat Malaysia ni "BUKTIKAN YANG AKU SALAH".

Priitttttttttt....!!!!

Tuesday, 19 April 2011

Facebook pages



Oleh kerana aku lihat Facebook merupakan laman sosial yang terhangat ketika ini, so.. aku pun buat keputusan untuk membuat satu pages untuk blog ini. korang tengok kat sebelah kanan blog ni untuk ke pages blog.

Tujuan aku hanya untuk berkongsi pendapat sahaja, bila adanya pages tersebut aku dapat berinteraksi bersama peminat bolasepak Malaysia ni.Ini semua akan membantu segala penulisan aku untuk blog ini.

Bersama kita meluahkan perasaan sayang kita kepada bolasepak negara.. FAM perlu dibubarkan!!!

Klik..