Wednesday 20 April 2011

Hamidin, Astaman dan Ednan dilantik jawatan-kuasa AFC


Kredibiliti barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaikkan imej bola sepak negara semakin diiktiraf selepas tiga wakilnya dilantik ke beberapa jawatankuasa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). 


Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pertandingan AFC manakala Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM Datuk Astaman Abdul Aziz dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pengadil AFC. 


Ahli jawatankuasa Tatatertib FAM Ednan Othman pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa Tatatertib AFC. 


Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata pelantikan tersebut adalah bagi penggal 2011-2015. 


”Ia adalah penghormatan kepada FAM,” kata Azzuddin.


Memang sesuatu yang membanggakan bagi rakyat Malaysia bila ada wakil  memegang jawatan di organisasi yang lebih global seperti memegang jawatan di AFC, tapi bila dilihat semula arena bolasepak negara kita sendiri masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Bagi aku memegang jawatan di AFC tidak patut dibanggakan kalau jawatan di negara sendiri pun terabai.

No comments:

Post a Comment

Klik..