Saturday 23 April 2011

Sejauh mana Profesionalnya Pemain bolasepak di Malaysia?

Pemain bolasepak sekarang semuanya profesional, kontrak, bayaran, kemudahan dan pekara-pekara yang berkaitan dengan kerjaya mereka sebagai pemain bolasepak. tetapi persoalan sekarang adalah "sejauh mana profesionalnya mereka"?

Cuba kita renungkan, apa perasaan pemain-pemain apabila mereka bermain dalam satu pasukan tetapi mendapat gaji yang berlainan, ada yang dibayar mahal kerana berstatus bintang dan ada yang dibayar kurang dari itu kerana bertaraf pemain biasa sahaja. Wujudkah elemen-elemen kurang sihat terhadap situasi berikut?

Hasil tinjuan dan risikan yang didapati terdapat pemain dalam pasukan sesebuah negeri yang tidak langsung bertegur sapa, ini adalah kenyataan dan telah diperakui oleh ramai pihak. Bagaimana mereka berinteraksi ditengah padang ketika tidak langsung bertegur sapa..  Adakah mereka itu profesional? 

Sebenarnya pelbagai masalah dalaman dalam sesebuah pasukan bolasepak melibatkan pemain dan mereka gagal menjadi profesional lalu mengakibatkan kejatuhan pasukan tersebut. Oleh itu pekara yang sedemikian merencatkan perkembangan sesebuah pasukan dan boleh dikatakan menghancurkan bolasepak Negara kita ini.

Menjadi mangsa akibat "Profesional"nya pemain-pemain tersebut adalah penyokong, mereka sanggup mengharungi perjalanan yang jauh semata-mata untuk memberi sokongan terhadap pasukan yang disayangi tetapi agak malang di tipu oleh sikap "Profesional" pemain-pemain tersebut.

Berubah lah wahai pemain-pemain profesional, apa yang kamu dapat sekarang bukan menjamin masa hadapan jika sentiasa dicerca dan disumpah. Pemain yang ikhlas sudah pasti akan didoakan ... Allah Maha Mengetahui kebenaranya...

No comments:

Post a Comment

Klik..