Showing posts with label kelantan dulu dan kini.. the reds wariors. Show all posts
Showing posts with label kelantan dulu dan kini.. the reds wariors. Show all posts

Wednesday, 27 April 2011

Kelantan benam ego Selangor

NORSHAHRUL (kiri) dicabar pertahanan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi. Kelantan menang 1-0.


PENGGEMPUR berbisa, Norshahrul Idlan Talaha dijulang sebagai wira apabila meledak gol ketika membantu Kelantan membenam pendahulu Liga Super, Selangor 1-0 malam tadi.
Gol menerusi tandukannya seawal minit keempat pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu itu sudah cukup untuk Kelantan kembali bangkit menyaingi takhta liga.
Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan terus melakukan asakan untuk mendapatkan gol awal dan Norshahrul yang tidak dikawal berjaya menanduk masuk bola menewaskan Saiful Amar Sudar di gawang Selangor.
Segala-galanya berpunca daripada lontaran ke dalam oleh pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang ditanduk ke belakang oleh ketua pasukan, Badri Radzi sebelum Norshahrul mudah merobek gawang Selangor untuk gol tunggal perlawanan.
Peluang Selangor hadir pada minit ke-23 menerusi pemain pertahanan, Nasriq Baharom yang menanduk bola hasil sepakan percuma Amri Yahyah, namun sedikit melepasi palang gol.
Selang enam minit kemudian, Norshahrul sekali lagi mencemaskan benteng Selangor apabila rembatannya gagal ditangkap kemas oleh Saiful Amar tetapi bola tersebut bergolek keluar.
Babak kedua perlawanan menyaksikan Selangor bermula garang menerusi rembatan Amri dari penjuru kanan gawang Kelantan yang mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat, namun ia sekadar singgah di tiang gol.
Pemain sayap lincah Kelantan, Nurul Azwan Roya turut berpeluang mencatat nama sebagai penjaring, namun rembatannya selepas menerima umpanan Norshahrul dihalang pertahanan Selangor.
Penghujung babak perlawanan, penyerang Selangor, Fadzli Saari mampu mengubah keputusan perlawanan, namun rembatan kencangnya sedikit tersasar.
Kelantan yang 'dibantu' hampir 25,000 penyokong mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menyaksikan perlawanan tersebut.

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

Saturday, 23 April 2011

Kelantan dulu dan kini..

Kelantan "Gomo Kelate Gomo" memang dahulu dikenali sebagai pasukan samseng. Apa taknya pantang salah sikit nak bergaduh aje.. tapi itu dulu le.. sekarang Kelantan dah berubah.. Ia kini mula menjadi perhatian ramai pihak. Semenjak terjerumus sehingga ke Liga FAM pada tahun 2005 mereka mula bangkit kembali setelah pengurusan diambil alih oleh Tan Sri Anuar Musa. Punca utama yang dikaitkan dengan kemerosotan Pasukan Kelantan sewaktu terjerumus ke liga fam kerana faktor pengurusan, kewangan dan penghijrahan pemain ternama dari pasukan.


Pada hujung tahun 2007 Tan Sri Anuar Musa telah mengambil alih pasukan Kelantan melalui AGM (info dari kelate.net). Pada tahun 2008 pula Kelantan telah bermain di Liga Perdana dan menjadi pasukan di ranking ke-3. Sungguh bertuah Pasukan Kelantan pada waktu itu apabila tindakan PDRM (Polis Di Raja Malaysia) menarik diri dari saingan Liga Super memastikan mereka mendapat tiket untuk bermain di Liga Super pada tahun 2009. Walaupun kemunculan mereka pada tahun tersebut dicemari dengan insiden/tragedi 9 April 2009 dimana penyokong merusuh akibat ketidakpuasan hati terhadap pengadil ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan.

Akibat dari rusuhan tersebut Kelantan didenda oleh F.A.M iaitu tidak dibenarkan bermain di Stadium Sultan Muhammad ke iv tetapi menggunakan stadium bukit jalil. Pada tahun 2009 juga Kelantan telah berjaya melangkah ke Final Piala F.A dan Piala Malaysia tetapi tuah tidak menyebelahi mereka apabila tewas kepada Selangor dan Negeri Sembilan.

Pada tahun 2010 Kelantan telah berjaya membawa pulang Piala keramat iaitu Piala Malaysia apabila berjaya membalas dendam keatas Negeri Sembilan. Kejayaan tersebut mengakhiri penantian selama 89 tahun. Seluruh Penyokong dan penduduk di Negeri Kelantan ini berpesta meraikan kejayaan tersebut.

Kini 2011.. Kelantan kembali ke medan pertarungan selaku Juara Piala Malaysia.. mereka mempunyai misi mempertahankan dan ingin merampas kesemua piala yang dipertandingkan. Tamparan hebat diterima apabila beberapa pemain ternama mereka sewaktu menjulang Piala Malaysia bertindak berpindah ke pasukan lain. Dan tamparan kedua pula apabila ketua jurulatih B.Sathianathan pula digantung oleh Lembaga Disiplin F.A.M. Keadaan tersebut dilihat merencatkan perjuangan Pasukan Kelantan. Ketangkasan KAFA menyelesaikan isu jurulatih apabila melantik M.Karathu sebagai pengganti kepada B.Sathianathan. Misi awal mereka berjaya apabila menundukan Selangor dalam pertembungan merebut Piala Sultan Ahmad Shah. 

Dalam saingan liga ketika kini Pasukan Kelantan dilihat pencabar utama kejuaraan,  walaupun ketika ini berada ditangga ke dua dibelakang Selangor tetapi kemampuan mereka tidak boleh dipertikaikan lagi. Kemengan terbesar mereka ketika membelasah Perlis 5-1 pada pusingan pertama liga super dan membelasah pasukan yang sama 4-0 pada pusingan ke dua Liga Super harus menerbitkan rasa cemas dan gelisah terhadap pasukan lain apabila mereka bertembung kelak.

Antara Pemain Kelantan kini menjadi sanjungan adalah: 

Norshahrul Idlan Talaha (penyerang)
Khairul Fahmi (Penjaga Gol)
Kesebelasan Kelantan (gambar diambil dari kelate.net)

Buat  semua penyokong Kelantan tahniah diucapkan.. tak kira apa jua kecaman dan sindiran... anda kini berhak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama golongan penyokong lain yang selama ini mendominasi Liga dan Piala di Malaysia ini. 

Sebelum mengakhiri cerita teringat pula kepada Lagenda ini:

Hashim Mustapha

Tahukah Anda: Hashim Mustapha menjadi penjaring terbanyak Liga pada tahun 1993 (13 gol) dan 1994 (25 gol). Sehingga kini belum ada lagi penyerang yang berjaya menjaringkan gol lebih dari 25 gol milik Hashim Mustapha.

 

 

 *Jika terdapat artikel yang saya coretkan ini tersalah atau tidak memberikan kredit.. saya memohon jutaan maaf.. jika ada sila tinggalkan diruangan komen.*



Klik..